BAM!
Setelah pintu kereta ditutup bagai nak tercabut, duduknya dilabuhkan dengan keras pada kerusi penumpang di sebelah pemandu. Tersentak tukang memandu di sebelahnya.
"Agak-agaklah Q nak buat perangai awek-awek macam ni. Kereta baru tau ni," nada Encik Pemandu seakan pasrah.
Cuba kalau aku tutup bekas eyeshadow palette dia macam tadi? Mahu dia ajak pergi Sephora masa tu juga minta ganti yang baru.
Q di sebelah, dengan muka yang dah masam macam limau basi menambah kerutan di dahinya.
"Apa perangai awek-awek? Aku memang perempuan kan?" Q tarik seatbelt dengan kasar. Dimasukkan pada buckle dengan kasar juga. Tapi hmm...
Rasanya nak dekat 1 minit dah percubaan Q nak buckle up tapi tak selesai juga.
Am di sebelah cuma memandang. Dah jiwa orang tu tengah serabut dan fikiran tak tenang, memang begitulah cerita dia. Am cuba untuk tolong buckle up dengan berhati-hati.
Tak sampai 5 saat, dah settle. Q cuma beku di sebelah.
"Hidup ni, kita kena belajar tenang tau Q. Kalau tak, apa pun tak jadi," Am mula buka mukadimah sambil turunkan brek tangan. Bersedia untuk memandu.
Q yang masih senyap di sebelah dijeling sekilas. Am nampak muka gadis itu masih merah-merah. Merah bukan sebab marah, tapi baru lepas menangis. Mata Q turut terlihat bengkak. Bibir pun masih tersebik macam tengah tahan sebak.
"Nangis jelah Q. Macam kau tak biasa dengan aku," Am menegur setelah 5 minit kereta cuma sepi tanpa sebarang suara. Radio pun tak dibuka.
Bukan apa. Am tahu Q perlu ruang untuk lepaskan perasaannya. Lelaki itu pun perasaan yang Q dah macam tak tahan sangat nak menangis. Apa yang nak dimalukan menangis depan dia pun tak tahulah. Bukannya tak pernah.
Dan lepas saja Am tegur, terus berlagu sayu ruang kereta itu dengan tangisan Q. Macam biasa, Am biarkan saja sehingga Q tenang sendiri.
Hampir 20 minit juga Q menangis. Makin bengkaklah mata cantik Q. Am jadi sedih tengok muka Q yang macam dah putus harapan tu.
Sekarang, cuma dengar Q sedang tersedu-sedu. Sakit sangat bunyinya tu. Berselang-seli dengan esakan yang seakan tak mahu pergi.
Kereta sudah berhenti di depan sebuah taman permainan. Ramai juga orang pada petang itu. Masing-masing dengan hal sendiri. Menghabiskan sisa waktu yang berbaki pada hari itu.
Am pandang ke sebelah. Mujur tingkap kereta tinted. Tak adalah orang luar nampak sangat. Lelaki itu mengiringkan badannya ke tepi sambil tangan cuba mencapai kotak tisu di tempat duduk belakang.
"Nah, lap air mata tu," Am hulurkan sekotak tisu Royale pada Q. Ya, sekotak terus.
"Sakit ya, Qalisya Umairah?"
"Diamlah Amsyar!" marah Q sambil mengelap air mata dengan tisu. Am cuma tersengih.
Suka tengok Q macam tu. Muka garang, tapi hati tu cepat sangat tersentuh.
"What's wrong?" Am masih mencuba bertanya.
"Adui, habis melekit muka aku!" Q masih buat bodoh dengan soalan Am. Lelaki itu pun mengangguk sendiri.
Faham. Tunggu Q buka cerita sendiri.
"Q, cuba buka laci dashboard tu. Ada plastik. Cuba ambilkan," suruh Am.
Q tak banyak soal. Sebelah tangan masih lap muka, sebelah tangan buka laci dashboard. Ada plastik yang Am cakap. Plastik itu diambil dan dihulurkan kepada Encik Pemandu di sebelah.
"Nah, not for me. Kau punya. Makanlah," tolak Am.
"Apa ni?" Q pelik. Nampak macam warna coklat-coklat. Dan keras.
"Pil kuda."
PAP!
Plastik itu dibaling ke sebelah. Jawapan Am buat Q rasa nak hempas pintu kereta lelaki itu lagi sekali.
Am gelak. Sakit hati Q rasa dengan gelak tu.
"Gurau je. Your favorite biscuits. Yang koala ada isi strawberry tu. Makanlah," ujar Am dengan lembut.
Ha kan bagus jawab elok-elok macam tu. Ini tidak. Suka bagi jawapan macam orang yang tinggal bawah jambatan sebab nak mengusik orang.
Q ambil kembali plastik tadi. Dibuka dan ditenung isinya sekejap. Muka yang masam dan penuh tekanan tadi perlahan-lahan diganti dengan senyuman nipis. Diambil biskut koala tiga sekaligus sebelum dibawa masuk ke mulut.
"Uish, sikit-sikitlah makan tu. Kalau kau tersedak lepas tu mati, aku juga yang jadi suspek nanti. Aku beli semua tu untuk kau. Makan elok-eloklah," Am membebel sambil membuka satu botol air mineral.
Perempuan kat sebelah ni beria menangis tadi. Mesti tekak tu dahaga. Apa kaitannya pun Am tak tahu tapi belasah jelah.
"Nah, air."
Q sambut huluran Am. Terus diteguk. Betullah, Q memang dahaga pun. Dahlah sebenarnya daripada pagi tadi dia belum makan dan minum. Kalau ikutkan, malas dia nak ikut Am keluar petang ni. Tapi sebab dah kena ugut dengan Am yang lelaki itu nak report pada ibu bapanya yang Qalisya Umairah ni dah buat perangai mogok makan dan minum daripada semalam, terpaksalah Q setuju untuk keluar rumah juga.
"Sorrylah aku tak beli makanan berat pula. Lepas ni kita keluar makan," ujar Am.
Kesian juga dengan Am ni. Dia macam bercakap dengan radio kereta sebab daripada tadi Q cuma senyap saja sambil kunyah biskut koala tu.
Tapi tak apa. Am dah faham dengan perangai Q ni. Jadi, dia biar Q tenang sendiri sebelum tanya Q tentang apa yang dah berlaku.
"Kau buat perangai macam pakwe macam ni dengan aku, baik kau terima je confession aku dulu."
Tiba-tiba Q rasa sakit hati dengan Am.
Rejection. Heh. Tapi serius Q cakap, masa Am tolak dia dulu rasanya tak adalah sesakit dengan penolakan dia baru terima semalam.
Mendengarkan kata-kata Q itu, Am jadi terdiam sekejap.
"Kau berharap lagi ke Q?"
Am tahu Q faham soalan tu. Soalannya dijawab dengan gelengan oleh Q.
Masing-masing pun tahu saja jawapannya. Bukannya tak move on. Mereka pun masih lagi jadi kawan sampai sekarang. Kadang-kadang Q rasa yang Am tu macam abang dengan adik dia pun ya juga.
"Apa jadi semalam?" Am cuba bertanya lagi setelah lihat Q macam dah tenang sikit.
"Rejection of course," jawab Q dengan nada yang perlahan. Keluhan mengiringi jawapannya.
"Tapi sebenarnya ada benda lain yang jadi. Aku nangis bukan sebab kena reject je weh. Tapi..."
"Tapi?" Am dah kerut dahi.
"Aku kena khianat."
Really?!
Jantung Am dah berdegup laju. Wajah sendu Q ditatap dengan rasa risau.
"Kau okey tak ni?"
"Mestilah tak."
Q is being Q. Transparent. Senang nak baca dia, dan dia pun dengan senang hati bagi orang lain baca dia. Malas nak drama pelik-pelik katanya.
"Kau tahu, design yang aku tunjuk kat kau haritu? Ingat lagi tak?" soal Q. Reaksi Am diperhatikannya.
Lelaki itu mengangguk. Minta Q teruskan ceritanya.
"Aku memang nak jumpa lecturer 4 hari lepas. Sebab nak consult lah kan. Aku cadang nak jumpa tengah hari macam tu. Pagi tu aku dekat ruang rehat fakulti akulah, cuba nak finalize kan apa yang patut. Waktu tengah hari, masa nak pergi kafe, aku kemas barang aku ala kadar je. My bad. Stupid me. Aku yang careless. Haih..." Q berhenti cerita sekejap. Nafas baru diambil untuk mengelak suaranya daripada bergetar.
"Hmm... masa balik daripada makan tu, aku cari balik kertas tu tak ada. Aku cuba jugalah selak-selak dalam fail aku yang lain. Manalah tahu kan ada terselit kat mana-mana. Tapi masih tak ada. Time is running. Aku macam blur sekejap sebab dah janji dengan pensyarah kan nak jumpa waktu sekian tapi tiba-tiba bendanya tak ada. Aku rasa tak sedaplah. Jadi aku mesej Dr Ayu. Aku cakap kat Dr Ayu nak jumpa lepas Zohor."
Q berhenti bercakap lagi. Tampang Am dipandangnya.
"What?" Am pelik melihat Q berhenti bercerita.
"Kau senyap je?"
"Oh, Q. Aku cuma taknak menyampuk kau bercerita. Finish your story first, girl. Kau tahu aku mendengar, kan?" Am tayang wajah convincing yang dia sedang mendengar.
Ya, Q tahu. Selalu tahu. Cuma kadang-kadang manusia ni perlukan kepastian.
"Okey, sambung. Jadi aku tinggalkan meja tu sekali lagi, untuk pergi solat sekejap. Sambil-sambil tu doa supaya Dr free masa tu. Tapi tulah, Dr ada hal lain lepas Zohor. Aku macam... okey, tak apalah. Nak buat macam mana, kan? Aku reply Dr, cakap nak jumpa semalam. Dr pun okey je. But then..." Q berkerut dahi kejap. Cuba ingat garis masa benda yang dah jadi.
"But then?" Am menyampuk.
"Kejap... ha! Weh, kertas yang aku duk selak tak jumpa tadi ada dalam fail draf aku. Termenung kejap aku masa tu. Tapi sebab dah cakap dengan Dr nak jumpa waktu lain, terpaksalah aku redakan saja. And, this is the climax."
Q berhenti lagi. Masih terasa kesal dalam hati dia. Sebab tak percaya benda ni terkena pada dirinya.
"Semalam masa consult, hampir 1 jam juga. Selalunya Dr Ayu akan minta aku sama-sama berbincang. Tapi semalam, masa Dr tengok je design aku, dia terus pandang tajam kat aku. Aku terkejut sebab Dr tak pernah pandang aku macam tu. Dan Dr minta aku senyap sepanjang-panjang masa design aku kena scan masa tu. Kau tahu Dr cakap apa?" Q tinggalkan soalan pada Am. Am jongket kening.
"Dr kata, design siapa yang kamu plagiat ni? Aku rasa macam tiba-tiba ada guruh berdentum. Plagiat? Tak pernah aku tiru hasil kerja orang lain. Weh, itu design yang aku buat sampai tengah malam aku nangis-nangis call kau minta pendapat. Aku siap call along kat Aberdeen tu juga nak minta pendapat. Sekali tu Dr cakap aku tiru orang lain weh. Manalah aku tak sedih dan tak terkejut," sayu saja suara Q.
Design minimalis tapi punya maksud dan memberi kepuasan begitu bukannya senang nak buat. Q siap tanya abang long dia lagi yang sudah bekerja di luar negara itu. Jarak masa antara Johor dengan Aberdeen dahlah jauh beza.
"Boleh aku tahu, Dr kata kau plagiat siapa?" soal Am dengan berhati-hati.
"Ha! Ni kalau aku sebut nama dia, mesti kau lagi tak sangka," Q hempas tangan pada dashboard dengan kuat. Nak bagi effect surprise kononnya.
"Haih..." Am pandang saja dashboard yang kena ketuk tu. Dah reda saja hati dia rasa. Nasib sayang.
Eh?
"So, siapa budaknya?"
"Tak apalah. Aku tak nak burukkan imej dia. Cuma aku boleh cakap, yang budak tu memang baik, dan budak pandai dalam kelas. Kau tahulah presentation budak pandai macam mana kan? Convincing macam kau. Kau kan budak pandai," sempat Q cucuk Am dengan perlian. Lelaki itu cuma buat muka 'ha-yelah'.
"Disebabkan dia dah consult dengan Dr dulu dengan design aku, dan presentation dia pun kemas, maka aku yang budak low ni kena beralah. Aku pun malas nak panjang cerita. Sebab banyak benda kena settle back to back dua minggu ni. Aku penat," cerita Q lagi. Badannya sudah tersandar pada kerusi yang didudukinya. Jarinya mula mengurut kening sebab dah mula rasa pening kepala. Yalah, menangis macam tak ingat dunia daripada semalam.
"Kau. Hati kau rasa apa sekarang ni?" Am menyoal lembut.
"Tipulah tak sedih. Proposal kena reject macam tu. Aku ingatkan memang salah aku. Aku ingatkan ada lack kat mana-mana. Rupanya kena khianat. Sakit mat. Lagi sakit daripada kena reject dengan kau dulu," luah Q. Sempat juga perempuan itu ungkit cerita dua tahun lepas.
"Dahlah, asyik ungkit pasal kita je. Aku rasa bersalah tahu?"
"Tahu. Tapi saja nak usik kau. Kau je yang faham aku," Q gelak tengok muka pasrah Am. Tak ada niat pun nak buat Am jatuh kasihan dengan dirinya. Q pun okey saja dengan apa yang dah jadi. Tak ada jodoh, bak kata orang.
"Lepas tu sekarang? Macam mana dengan assignment kau tu?"
Soalan Am membuahkan keluhan di bibir Q. Gadis itu kembungkan pipinya. Seakan berfikir sesuatu.
"Due memanglah lama lagi. Aku nak mula fikir design baru sebenarnya. Aku tawar hati dah nak fight untuk design yang kena khianat tu. Sebab... entahlah. Aku rasa tak best. Tapi itulah, masih serabut lagi nak fikirkan yang baru," ujar Q.
"It's okay, Q. Take your time."
"Mana boleh. Time is running!" balas Q.
Nak-nak pula budak ID macam Q. Nak berfikir, nak membayang, nak cari inspirasi, nak mula melakar. Aduh. Makan masa semuanya tu.
"Q."
"Hmm?"
Q faham dah kalau Am panggil dia macam tu.
"Know that, you've done your best okay? You got my respect. My girl, you did it from the scratch. Design tu cantik sangat. Rasa terisi dalam hati masa aku tengok design tu. Kau buat dari hati. End up, kena khianat. Tak apa. Yang loser sekarang ni tukang plagiat tu. Kalau kau seorang yang cerdik dan pandai putar belit sekalipun, tapi kau gunakan pada jalan yang salah, tak ada benda pun untuk dibanggakan. It's his or her lose," Am cuba memujuk.
Q cuma senyap. Sudah rasa terpujuk sikit. Dan, sebenarnya dia tak kisah pun kalau Am tak pujuk. Cuma nak Am dengar cerita dia saja.
"Aku bangga dengan kau tau."
Lima patah perkataan itu terus menerbitkan senyuman kecil di bibir Q.
"Aku bukan apa, Am. Aku cuma terkilan sebab gaya Dr tegur aku haritu macam aku ni pelajar tak boleh diharap. Plus, I put high hope and expectation yang design tu akan diterima. So, sebenarnya salah aku juga kan sebab berharap tinggi sangat?"
"Q, tak ada masalah pun dalam meletakkan harapan. You put your blood, sweat and tears for your art. Bila kena tolak macam tu, mestilah kau rasa sedih. Behind the scene yang jadi membuatkan art kau kena tolak lagilah menambah rasa sedih kau. Bahkan menukar rasa sedih tu jadi rasa terkilan dan kecewa. I bet you must be disappointed of yourself because you was being careless. Masa kau cakap kau tinggal saja kerja kau untuk makan tengah hari tu," Am cuba membalas dengan rasional.
Q sekadar mengangguk. Membenarkan tekaan Am tentang perasaannya.
"Tapi Am, aku jadi takut pula untuk next proposal ni. Macam mana kalau kena tolak lagi? Yalah, Dr dah nampak aku ni macam student yang buat hal. Walaupun sebenarnya baru kali pertama benda macam ni jadi kat aku," Q mainkan jari-jarinya. Rasa gelisah pula tiba-tiba.
"Apa susah. Buatlah design baru lagi."
Jawapan Am membuatkan Q laju melibas botol air pada lengan lelaki itu.
"Tak sakit pun," ujar Am.
"Tak suruh kau sakit pun," laju Q membalas. Ish mamat ni. Orang tengah risau, dia boleh main-main.
"Hmm, Q. Sekurang-kurangnya kau mencuba. Kalau kau tak cuba, nanti kau mesti menyesal sebab terlepas peluang yang ada. Kita ni kan, takkan pernah tahu peluang tu akan berpihak pada kita atau tak. That's why my dear, if we feel we are good at something, cubalah cari peluang pada perkara yang kita bagus tentangnya. Dan kadang kan, it's not about acceptance or rejection tau. It's about giving yourself opportunity. Kalau berpihak pada kita, alhamdulillah. Kalau tak, boleh cuba lagi. Mungkin sesuatu yang lebih baik akan datang pada kita di hari kemudian. Bukan semua hari baik dalam seminggu kan, Q?" Am melontar buah fikiran.
Q diam mencerna kata-kata Amsyar. Jaranglah mamat ni tak betul kata-kata dia. Walau perangai tu macam senget kadang-kadang otak dia.
Macam tadi. Ada ke dia kata biskut tu pil kuda?
"Thanks duh, Am. Serius, kau boleh jadi motivator," usik Q.
"Yeah. Your private motivator," Am julingkan mata ke atas. Q hanya gelak.
Benci tengok Am pusing mata macam tu.
"Jangan buat roll eyes, Am. Hodoh sungguh aku menengoknya," Q mengusik lagi.
"Dahlah, jom turun. Duduk dalam kereta je, habis minyak kereta aku nanti."
"Eleh, dia yang paksa orang keluar ikut dia tadi," Q tak mahu kalah.
"Diamlah. Jom, aku belanja aiskrim," Am sudah jalan mendahului Q. Motor Pak Cik Aiskrim didekatinya. Q terkedek-kedek mengikut langkah kaki panjang Am di belakang.
"Nak Solero satu. Dengan... aiskrim cookies and cream ni satu," laju Am memilih aiskrim. Tak tunggu Q pun.
"Am, aku punya nak —"
"Ya, aku tahu. Cookies and cream. Nah, ambil dua-dua ni pergi duduk kat buaian sana. Aku nak bayar kejap," laju Am hulurkan aiskrim pada Q.
Q sambut kedua-dua aiskrim itu dan memilih untuk tercegat menunggu Amsyar menyelesaikan pembayaran.
"Dah, jom. Apa berdiri je kat sini? Aku suruh tunggu kat sana, kan?" Am mengambil aiskrim pilihannya yang dihulur Q.
"Tak naklah. Tak ada kau, nanti ada yang datang mengurat aku," selamba Q membalas.
"Perasan betullah budak kecil ni."
Mereka sama-sama labuhkan duduk pada buaian. Masing-masing mula membuka plastik aiskrim dan menikmati kedinginan manisan itu. Dengan pawana petang yang berpuput lembut.
"Such a calm..." Am bercakap sendiri.
"Right? By the way Am, terima kasih untuk hari ni."
"Hari ni je?" Am kembali menyakat.
"Yalah. Untuk semuanya. Dari detik pertama kau cakap hai kat aku sampai kau belanja aku aiskrim petang ni. Thank you for everything," ucap Q, ikhlas dari hati.
"Mention not."
@thesealedlips
08.1755H.03.23
Comments
Post a Comment