بسم الله الرحمن الرحيم
Saya decide untuk review Versus di sini sebab saya nak bebel panjang-panjang tentang novel Hlovate yang satu ni. Mungkin akan ada spoiler sikit tapi tak kisahlah tu sebab Versus ni pun susah sangat dah nak jumpa sekarang. Jadinya, anggap jelah awak baca Versus kat sini.
Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan Hlovate. Cuma pengenalan ringkas yang dalam pengetahuan saya saja.
Hlovate merupakan novelis anonymous yang menulis di bawah rumah penerbitan Jemari Seni. Tapi Jemari Seni sekarang pun tak ada dah. Jadi, maknanya apa? Maknanya novel-novel Hlovate pun memang tak dicetak dah. Kalau awak cari preloved, sila get ready untuk poket berlubang. Boleh tahan harga dia. Saya pun tak faham kenapa orang kena mark up harga macam tu?
Dan Hlovate pun kita tak tahu ke mana perginya beliau. Ada yang kata penulis merupakan seorang wanita, seorang doktor, dan tinggal di luar negara. Tapi kenyataannya, yang tahu je tahu.
Tak kisah yang tu. Kebanyakan penulis legend memang datang dari latar belakang terbaik. Dan perkara itu terbukti dalam penulisan mereka.
Penulisan Hlovate ada gaya (style) dia yang tersendiri. Santai tapi sampai. Lawak hambar. Lawak yang kita tak tahu nak gelak ke tak sebenarnya. Kadang-kadang ada bahagian yang saya rasa, Hlovate saja faham apa yang beliau tulis 🤣. Ada juga part yang buat kita merah pipi tekup muka tapi tak banyak pun. Tapi yang tak banyak tu just nice tahu? Sebab tinta Hlovate adalah alatan dakwahnya. Jadi, fokus Hlovate bukanlah untuk membelai-belai hati pembaca sangat dengan benda-benda manis dan cringy macam tu. Hlovate membawa mesej dalam bentuk cerita kehidupan. Real slice of life (bagi saya).
Tapi kan, ada juga yang kata penulisan Hlovate tu rempit. But I guess, to each of their own-lah kut. Saya rasa penulisan dia bukannya rempit, tapi cuma terlalu santai. Tak rigid. Banyak sangat slang. Terutamanya dalam dialog.
Jadi, mari saya ulas tentang novel Versus ni.
Macam Mana Nak Jadi Baik?
Macam tajuk entry blog kali ini. Itu mesej besar yang dibawa di dalam novel Versus. Watak yang menjadi penggerak utama dalam Versus adalah Minn Edina (Minn) dan juga Ashraff Omar (AO).
Bagi saya, Minn dan AO memang describe storyline "I don't deserve you. You deserve better." "Let's get better together then." dengan sempurna.
Cerita bermula dengan Minn yang dah tinggalkan dunia skating dia (dia clan Wrath) yang serba-serbi memang banyak benda yang tak best. Macam AO cakap (lepas dia dalam proses hijrah), "Skating tak salah tapi the life that comes with it." AO juga seorang skater, dalam clan Bronx.
Budak-budak scene skating dalam Versus digambarkan sebagai mereka yang tak jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, ada yang tak jaga solat, pergi lepak situ sini and etc. Then fahamkan maksud AO "... but the life that comes with it" tu?
Minn kenal AO masa proses hijrah dia masih hijau lagi.Tapi masa tu, Minn rasa dia macam "aku dah good enough". Minn dah berhenti skating juga. Ada juga masa yang Minn boleh jumpa berborak dengan kawan-kawan clan Wrath dia.
Masa mula-mula kenal tu, Minn sebenarnya kena jadi mentor AO. AO masa awal-awal perkenalan cerita tu macam budak yang problematic sikitlah. Belajar main-main. Sampaikan Minn yang lagi muda daripada AO kena jadi mentor AO. Sebab ada satu subjek tu, kalau tak pass, habislah. Tapi sebenarnya AO tengah buat double programme macam tu (saya tak berapa ingat).
Jadinya, sepanjang mereka bekerjasama sebagai mentor-mentee tu, biasalah, bunga-bunga rasa tu pun mula wujud. AO macam mula tertarik dengan Minn yang ala-ala looks like approachable but untouchable tu. Minn luang masa tolong AO buat proposal siap keluar sama-sama survey kedai sebab nak buat budgeting untuk proposal tu.
AO juga dah tahu yang Minn tu Ed'Sassin semasa zaman kegemilangan Minn bersamaWrath. AO juga tahu yang Minn ada past love story. Jadi, masa keluar survey harga dekat kedai-kedai, mereka terserempak dengan Sun (clan Wrath juga) - Minn's ex. So, from that, AO macam cucuk-cucuk Minn tentang Sun. Minn jadi marah sebab dia memang tak suka bila orang buka cerita pasal her past life as a skater, dan juga pasal Sun.
Bagi Minn, dia dah tinggalkan semua dunia tu, jangan cakap pasal benda tu lagi dengan aku. I hate past me. Macam tulah yang Minn rasa. Because she needs to sacrifice benda yang dah macam darah dia. And it hurts a lot. Betul, susah dan sakit perjalanan nak buang benda buruk yang dah sebati dalam hidup kita. It really takes a toll on someone life okay. Not just mental. Tapi segalanya, termasuklah rohani.
Sejak kes cucuk-mencucuk pasal kehidupan lama Minn tulah dia orang punya progress sebagai mentor-mentee tergendala. Sebab Minn senyapkan diri. AO macam clueless sikit masa tu sebab dia tak tahu apa salah dia (kononnya?). Padahal dia dah nampak lagi sebelum tu yang Minn tak selesa langsung bila AO ungkit pasal Wrath dengan Sun dekat Minn.
Jadi dalam tempoh Minn 'hilangkan' diri tu, AO akhirnya dapat jawapan juga. AO akhirnya dapat connects the dots yang membuatkan Minn bertukar identiti daripada Ed'Sassin kepada Minn Edina. And he starts to feel something for her. Macam tulah. AO wants her. Tapi AO tahu dia tak layak pun untuk Minn. Sebab dia masihlah AO dan bukannya Ashraff (ha ni nanti bawah sikit kita cerita).
Sampailah satu malam, AO buat kerja gila pergi ceroboh bilik Minn (dekat tingkat dua rumah dia tau) waktu malam, time hujan lebat. Gila betul. AO perlukan penjelasan kenapa Minn marah dan jauhkan diri daripada dia. Dia orang duk bersoal-jawablah kenapa you macam ni - what did i do wrong - and everything. Part ni a bit intense bagi saya. AO cakap...
"Bagi I peluang untuk tebus kesalahan I?" - AO
"You nak buat apa lagi?" - Minn
"Berubah untuk you..." - AO
"Apa you merepek ni." - Minn
"I'm serious." - AO
"Back off." - Minn
"I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?" - AO
Ni sikit jelah. Kalau bagi semua kat sini nanti jadi kes plagiat pula.
And AO is a man of his words. Memang berubah betul-betul. Sampaikan Minn yang rasa dia dah cukup baik pun akhirnya rasa macam dia tak cukup baik untuk AO yang dah jadi Ashraff.
They did have their conflicts tau. Lepas malam bilik Minn kena ceroboh, AO pula hilang - tapi sebenarnya dia dah pergi sambung belajar di Australia. Masa AO sambung belajar tulah dia kenal dengan Brother Hairi yang jadi naqib dia. And after that, there's no longer AO. Yang ada cuma Ashraff as a whole, dan juga AO pada memori (sikitlah). I've got something to learn right here. Saya rasa kalau nak berubah as totally berubah towards better you, memang kena tinggalkan those lifestyle yang tak sejajar dengan syariat. Dan kena utamakan perkara yang betul-betul really important yang macam nyawa kita bergantung dekat situ. Bina identiti baru. Real Muslim of you (at least dekat situlah kita bermula).
AO lepas jadi Ashraff, dia tinggalkan skating, dia tinggalkan rokok, dia tinggalkan lepak tak tentu hala, dan dia tinggalkan muzik. Dia ganti dengan pergi usrah, baca buku-buku agama dan yang boleh membantu pembangunan diri, dan dengar nasyid. (kalau nak ikutkan, patut tinggalkan nasyid juga since music is haram akhi wa ukhti - melainkan nasyid acapella takde guna alatan muzik bertali so no hal i guess. Saya juga masih struggle untuk jauhkan diri daripada muzik.). Dan semestinya, tidak senang untuk lakukan semua itu. Ia menuntut kesabaran dan keikhlasan paling serius dalam diri. But it is gonna be worth it. Untuk Akhirat kita.
Ketenangan dalam hati tu yang kita nak capai masa hadapi kehidupan yang tak pernah berhenti ujiannya. Hati yang kalau kena tembak dek ujian, terus ingat kalamullah, terus ingat hadis nabi SAW. Tak senang, tapi juga tak susah. I know. Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang melebihi tahap kemampuan kita. Allah tu sangat dekat dengan kita berbanding urat darah kita sendiri. He REALLY knows what are we capable of. If we really know and understand the meaning of al-Rahman & al-Rahim, kita takkan 'marah' Allah lama-lama. Bahkan bila dah sedar yang kita perlukan Allah sebagai tempat berpaut yang sesungguhnya, kita akan rasa malu untuk rasa 'marah' kita tu.
Jadi, masa terasa 'seruan' Allah tu dah sampai, cepat-cepatlah sahut. It is a precious call. Sungguh, kadang datangnya tak disangka. Kadang selepas kita niatkan sesuatu. Macam AO, mungkin mula-mula tu dia berubah sebab nakkan Minn dalam hidup dia. Tapi lepas dah lama-lama tu, dia dapat redirection untuk utamakan perubahan diri tu, untuk diri dia dulu. Bukan sebab orang lain.
Percayalah, bila kita mula buat keputusan untuk menapak tinggalkan benda-benda yang buruk tu, Allah pasti akan bantu. His bantuan tu akan datang entah dari mana-mana. Sayangnya Allah kat kita rupanya, kan?
Domino Effect Dalam Islam
Dalam Versus ada cerita sikit pasal domino effect ni. Kita tahu domino effect ni adalah satu benda yang berturutan kesannya pada sesuatu perkara. Macam kita main domino tu kan? Kita susun banyak-banyak blok, kemudian kita tolak satu untuk jatuh, yang lain pun akan ikut jatuh.
Inilah yang sepatutnya terjadi pada kita sebagai seorang Muslim - pada akidah kita, pada ibadah kita, dan pada akhlak kita. Saya ingat lagi, semester dua saya masa buat degree, subjek akidah dan tasawuf, Dr. Mihlar cakap (beliau cakap dalam english sebenarnya), keyakinan kita pada Allah (akidah & tauhid), akan nampak kesannya pada ibadah dan akhlak kita.
Jadi, kalau betul kita beriman kepada Allah, kepada Nabi SAW, kepada kitab-kitab agama, kepada hari Akhirat, kepada qada' dan qadar Allah, kita takkan buat main pada ibadah kita. Dan apabila ibadah kita sempurna, ia akan beri kesan kepada akhlak kita - how we act kepada diri sendiri, kepada orang lain, kepada makhluk Allah yang lain.
Islam is the way of life lagipun, innit?
Sebab tu, seruan untuk memperbaiki diri daripada tiga sudut ini (akidah, ibadah, dan akhlak) adalah sepanjang hayat. Supaya kita sentiasa alert dengan apa yang kita lakukan. Kita memang patut jadi sensitif. Sebab kita punya kehidupan, bukan hanya di dunia ini. Kehidupan sebenar kita kat akhirat sana. Apa yang kita buat di sini, semuanya akan dibawa ke hari pengadilan di Akhirat sana nanti. Termasuklah, segala benda yang saya tulis ni.
Quotes dalam Versus
Akhir sekali, saya nak kongsi sebahagian quotes menarik yang saya dapat daripada Versus. Take note okie!
- "Versus, ey? Versus... The hardest battle is when you are against yourself." - AO (ms 103)
- Antara lirik lagu dan kitab-kitab agama. (ms 204)
- "It's dangerous to stereotype, you know. Rule number one in behavorial science is to never assume." - Jasmin (ms 234)
- "All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us." - Jasmin (ms 252)
- "It's never too late to start selagi belum mati, though. Allah tu bukannya kejam." - AO (ms 374)
- "Untuk tak faham dan tak tau pasal tanggungjawab tu lagi berat, Minn." - AO (ms 422)
Okey, saya dah habis berkongsi untuk sesi menulis kali ini. Jumpa lagi dalam post yang lebih bermanfaat akan datang in shaa Allah. Terima kasih sudi baca entry kali ni!
Thea.
26.2101H.02.2025
Comments
Post a Comment