بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian pembaca!
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi jejakkan diri kalian di sini. Meminjamkan masa kalian yang bagaikan emas dengan membaca nukilan-nukilan yang tak seberapa di sini. Saya sangat-sangat menghargainya.
Tidak banyak yang saya harapkan. Semasa membuat keputusan untuk cuba menulis blog, walaupun agak terlewat kerana sekarang kita sudah di tahun 2021. Saya berfikir, masih adakah yang membaca tulisan-tulisan di blog?
Pun begitu, saya berharap bagi sesiapa saja yang sudi melawati The Sealed Lips, semoga ada yang bermanfaat bagi diri kalian di sini. Jika ada yang hilang diri, moga tulisan saya dapat membantu kalian ketemu dengan diri kalian semula. Jika kalian dalam kegundahan dan kesedihan, moga tulisan saya mampu mengubatkan rasa itu. Jika kalian sedang dalam rasa senang, semoga tulisan saya mampu menjadi teman berkongsi rasa sukacita itu.
Jujurnya, saya bukanlah sesiapa. Hanya seorang gadis yang suka menulis. Memang kadang-kadang itu shamelessly calling myself as a writer hahahah. Tidak mengapalah. Kata-kata itukan satu doa?
Saya teruskan tekad untuk menulis di sini selepas mendengar syarahan di kuliah saya. Kata pensyarah saya,
"اكتب، فجرى بما هو كائن إلى يوم القيامة"
كائن di situ membawa makna ia akan kekal sehingga Hari Kiamat. Dan pada hari itu jugalah tulisan-tulisan kita bakal dihisab dan dihitung, dan kita bakal diberi pembalasan selayaknya tentang apa yang sudah kita titipkan dalam penulisan kita.
Pensyarah saya pesan, jika untuk assignment pun, tulislah dengan bersungguh-sungguh. Kerana jika hasil assignment kita itu terpilih untuk dijadikan contoh generasi seterusnya, saham pahalanya juga akan memihak kepada kita. Oleh itu, tulislah dengan bersungguh-sungguh, dan juga dengan pandangan "apa yang aku tuliskan ini juga bakal dihisab kelak."
Semoga semua penulis kekal istiqamah menjamu pembaca dengan tulisan-tulisan yang bermanfaat, yang mengenyangkan pembaca dengan fakta-fakta yang telus dan tulus. Tidak dipengaruhi rasa taksub yang bakal merosakkan diri dan orang lain.
P/s: Jika penulisan saya ada yang salah, silakan untuk tegur. Saya akan cuba untuk memperbaikinya.
Yang menulis,
T.
27/10/21
Keep going T! 🧡 saya disini akan sentiasa menunggu nukilan-nukilan yang akan datang <3
ReplyDelete