بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sekalian pembaca!
Ya Allah, rasa macam dah berhabuk habis blog ni. Menulis pun masa rajin je. Memang nak tak nak, kena ajar diri muhasabah dan bertafakur lebih. Supaya ada pengajaran-pengajaran yang dapat dilihat, lepas tu kita 'print out' pengajaran tu dalam helaian-helaian penulisan kita. Jadi, bila rasa macam down sikit ke, boleh belek-belek balik. Fikir-fikir balik hakikat kehidupan ni.
Okey, hari ni kan, sebenarnya T terfikir pasal "Kalau kau diberi pilihan untuk menjadi 'seseorang' sebelum kau lahir, kau nak jadi apa?"
Kalau T, T nak minta pada Allah supaya jadikan T ni manusia suci. Bukan Manusia Suci dalam siri novel Kapal Terakhir tulisan Teme Abdullah tu. Tapi, maksud suci kat sini, suci yang... tak nak buat salah dengan orang. Sebab akhir-akhir ni, T rasa macam T ni adalah satu kesalahan besar yang terjadi dalam hidup seseorang (untuk orang yang kenal T lah). Rasa macam, T ni bawa bad vibes, bad memories untuk mereka. Kalau boleh patah balik masa (which is of course cannot), T nak jadi pendiam dari awal. Respon bila orang minta jawapan je.
Dulu, T jenis yang membebel bagi ceramah. Bagi nasihat itu ini. Pissed off kalau orang langgar peraturan. Dan T akan mula membebel "tak boleh langgar peraturan". T pasti yang T dah kumpul haters dari lapisan juniors dan my own peers. Yang mana, benda tu bukanlah suatu kebanggaan pun.
Bila fikir balik, I think I was stuck between nak have fun ataupun obey the rules. Tapi tak pernah rasa cemburu pun dengan orang yang suka hati nak layan peraturan tu macam keluarga dia sendiri yang buat. Tak kisah langsung. Buatlah. T cuma fikir pasal perkara yang perlu digalas masa tu. Yang mana benda tu berat. Memang berat.
Mungkin masa tu jenis berfikir half-cooked punya orang. Tapi rasanya sama je up until now pun.
Oleh itu, umur belum masuk 25 pun (ya masa tulis entry ni), rasa macam nak mula semula hidup ni untuk fikir pasal sendiri je. Kalau tulis nasihat atau peringatan secara public pun, T kena ingatkan diri sendiri selalu, "Tulisan ni, adalah peringatan untuk diri kau sendiri. Bukan untuk orang lain. Sebab diri kau sendiri yang paling perlukan peringatan".
Tapi, kalau orang lain dapati tulisan T ada manfaat, alhamdulillah. Terima kasih sebab rasa penulisan T ada sesuatu yang baik di sebalik segala susunan aksara tu.
T rasa, sekarang zaman orang mudah sangat terasa. Jadi, T akan lebih cuba berhati-hati bila berhubungan dengan orang. Untuk saat ini, kalau kenalan peribadi T rasa macam T dah tak banyak cakap, T cuma nak kau orang tahu, T tak mahu jadi pencetus trauma dalam hidup kalian. Untuk kenalan baru, ya samalah. T tak mahu jadi bahan toksik dalam hidup kalian.
But if I am qualified enough to know something about you, you can always hit me up with message(s).
Lagi, kalau perasan T macam dah 'lain', tolong tegur T, ya? Sebab T tak mahu berakhir di atas jalan yang tak baik.
Once again, if I could turn back time, I want to be the nicest person ever that you would know in your life. But, I couldn't.
I wish I could be and do better.
Yang menulis,
T / 22.1142H.03.22
@thesealedlips
Comments
Post a Comment