Absurd

 بسم الله الرحمن الرحيم


Sepanjang kita bernafas ni, macam-macam benda dah kita hadap. Kadang-kadang tu bila kita ambil masa untuk imbas semula, kita rasa lucu sendiri sebab tak sangka kita boleh lepas menghadap benda-benda macam tu. Benda-benda yang kita rasa mustahil. Benda-benda yang menyakitkan kita. Benda-benda yang membuatkan kita rasa terbakar satu badan. Benda-benda yang buatkan kita rasa macam nak sakiti diri sendiri dan juga orang lain. Basically, benda-benda yang kita rasa kita tak nak dan takkan mungkin akan hadap dengan benda tu.

Sebab kita tak mahu reaksi kita terhadap benda tu menjadi justifikasi buat diri kita.

Tapi tulah, kun fa yakun.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al-Ankabut:2)

Duduk-duduk sendiri, termenung sendiri. Kadang tu akan sedar sebab di sebalik semua benda ni terjadi. Kalau sedar tu, baguslah. Fahamlah maknanya manusia dan ujian ni dah macam isi dengan kuku. Tak boleh nak pisah. Kalau tak, bukan kehidupanlah namanya.

Tapi rasanya kalau tak sedar pun, tak apa. Macam tajuk entry ni. Ada benda yang sangat tak logik boleh berlaku. Illogical. Absurd. Widly unreasonable. 

"Aku tak fahamlah. Kenapa jadi macam ni eh?"

Ada benda yang kadang-kadang kita patut biar sepi macam tu saja. Sebab bila makin difikir, makin kita rasa nak memberontak. Sebab manusia ni, dia paling tak gemar bila sesuatu perkara tu tak memihak pada diri dia. Lagi-lagi bila dia rasa dia dah buat yang terbaik, tapi hasil nan hado bak kata orang Malaysia.

Aku pun tak pasti sama ada hidup ni akan lebih tenang kalau semua berjalan dengan lancar atau bagaimana? Membosankan? Mungkin. Tapi kita kan tak nak rasa sakit?

Jadinya, mungkin betul. Ada benda yang kita tak perlu faham pun kenapa benda tu terjadi. Kita patut biar benda yang dah berlalu pergi macam tu saja. Kalau ada mutiara yang boleh dikutip sepanjang sesi menyelam tu, maka ambillah. Kalau tak jumpa, jangan sambung melemaskan diri sendiri.

Allah dah pesan, jangan berlaku kejam dengan diri sendiri sebab Dia sendiri tak pernah kejam dengan kita.

Mungkin betul, kita yang terlalu banyak berfikir. 

Mungkin juga betul, kita yang belum betul menguasai seni 'to let go and to let God'.

Tuhan, sungguh banyak jiwa yang sedang menderita di bumi ini. Batang tubuh yang hidup dengan jiwa yang mungkin hampir mati. 

Aku mohon. Kuatkan hati-hati ini. Teguhkan jiwa-jiwa ini.

Kerana yang menjadi pengharapan adalah al-Firdausi.


@thesealedlips

30.1111H.06.22

Comments