بسم الله الرحمن الرحيم
Another entry, another misery.
Pertama sekali, aku rindu pada Thea. Aku rasa itu antara side yang buat aku rasa, like I am completely myself. Walaupun kena pakai topeng personaliti yang lain. Walaupun bukan (belum) di tahap profesional. Feel content and free, ha gituh. Wishing to meet and be her again.
Kedua, okey kita masuk pasal perkara yang aku nak luah kali ni. Just have the feeling want to write and share something. Tentang menjarakkan diri. Azam 2023 aku adalah sebolehnya aku tak nak orang sakit hati dengan aku. Dalam banyak-banyak pilihan yang ada (setelah dianalisa separa masak, kut), aku rasa menjarakkan diri daripada orang lain adalah yang terbaik. Kurang sikit dosa masing-masing. Di samping ada batas-batas yang perlu dijaga. Tapi tiba-tiba rasa macam katak bawah tempurung sangat. Dan juga rasa serba salah. Sebab dah tak ada aktiviti bertanya khabar. Macam dulu.
Tak. Dia bukannya aku tak mahu nak bertanya khabar. Perkara yang terlintas dalam kepala aku, kalau aku tegur sekadar nak bertanya khabar, benda tu akan makan masa orang lain. Akan ganggu masa orang lain. Dan benda macam tu kebanyakannya akan buat orang piss off dengan kita. Kan? Siapa saja yang nak masa dia diganggu?
Disebabkan itu, aku putuskan untuk menjarakkan diri dan memberi ruang pada semua orang. Cuma berhubung dan berurusan bila perlu. Kepada keluarga dan teman, aku tak bertanya khabar bukan kerana aku tak kisah. Aku cuma risau pertanyaan khabar daripada aku makin menambah gundah dan buat hidup kalian tak tenang. Bunyi macam akan dapat respon, "Apa benda kau merepek ni, Raju?". But, that's how I feel weyh.
Tapi sungguh, daripada jauh tetap aku doakan supaya semua orang diberi kekuatan dan kesabaran untuk hadapi hidup yang serba tak kena ni.
Dan bila aku yang memilih untuk menjarakkan diri, percaya cakap aku yang kadang-kadang aku sendiri rasa sakit dengan pilihan sendiri. Ya Allah sumpah drama hahaha. Tapi serius, rasa macam hubungan tu terputus. Lagipun masing-masing punya rumah sendiri untuk diri mereka berpulang, kan? Jadi biarkan aku jadi orang-orang yang menonton suasana itu daripada jauh.
Sungguhpun begitu, aku tak kisah kalau ada yang masih sudi nak bertanya tentang khabar dan perkembangan hidup aku. Aku tak kisah bila ada yang nak datang pada aku, nak kongsi apa yang dia tengah hadap. Tapi maaf awal-awal aku katakan, aku mungkin cuma mampu pinjamkan telinga dan perhatian saja untuk mendengar. Aku juga faham bila bukan aku yang jadi pilihan untuk mereka berkongsi cerita. Sebab aku sedar diri aku banyak yang kurang. Tak mampu nak bantu apa pun sebenarnya. Peh, apa ni? Pesimisnya gue hahaha.
Tak adalah. Aku cuba. Aku sendiri tengah cuba untuk ajar diri supaya tak jadi beban pada orang.
Selalu juga rasa diri macam tak guna. Sebab banyak ketinggalan. Banyak yang aku tak ada. Tapi bila fikir balik, aku juga menyumbang karbon dioksida untuk pokok 'bernafas'. Jadi, tak adalah rasa sia-sia sangat sksk. Surah at-Tin, ayat keempat. Stick that reminder into the thick skull of yours okay, sis?
Ketiga dan terakhir, tak ada apa dah kut. Oh! Aku nak minta maaf. Aku nak minta maaf pada semua kenalan yang membaca ni untuk semua perasaan tak senang hati yang hadir saat aku ambil pilihan ini (kalau adalah). Just so you know, I am hoping the best for everyone. Tell me if you ever need me. Jangan dah betul tak ada baru nak dicari. Ceyyy perasan penting pula.
Terima kasih buat mereka yang sudi baca daripada awal sampai akhir. Serius maaf sebab dah ambil masa kau orang baca entry macam ni. BarakAllahu feekum!
@thesealedlips
30.0030H.01.23
Comments
Post a Comment