Q
Okey tak?
Pick up the call please
Qalisya Umairah, pleaseeee
Jangan buat aku risau macam nilah
seen
Seen.
Itu sajalah yang naik ke skrin telefonnya sejak semalam. Dahi jejaka itu dipijak kerutan risau. Masih memikirkan kenapa gadis itu mengelak daripada berhubung dengannya. Q jarang sangat nak buat perangai sebegini. Bila Q dah buat perangai, adalah tu yang tak kena.
Am masih berfikir-fikir apa yang patut dia lakukan. Nak contact dengan ibu bapa Q nanti apa pula kata kedua-dua orang tua gadis itu?
Fikir punya fikir sambil petik jari...
"Qal! Macam mana aku boleh lupa mamat tu wujud?" telefon pintar kembali dibuka sebelum nama Qalish Umair ditekan untuk membuat panggilan.
"Mana?" soalan pertama Amsyar buat Qalish.
"Kau ni salam tak ada, tanya khabar tak ada. Aku on the way balik rumah ni. Daripada gim. Kau kenapa?"
"Adik kau..." saja Amsyar gantung ayatnya.
PINNNNNNNN!!!
Amsyar jauhkan telefon daripada telinganya.
"Kau dekat mana, duh? Nak pekak telinga aku dengar bunyi hon," Amsyar mengadu.
"Kan dah cakap. Aku atas jalan. Kau buat aku terkejut pasal Q tahu tak? Habis aku brek mengejut tadi. Tu yang kena hon dengan kereta belakang aku ni," Qalis bebelkan Amsyar.
Dah... Muhammad Amsyar pula ke yang bersalah sekarang ni? Kawan baik Q itu cuma mampu melepas nafas perlahan saja.
"Kenapa dengan adik aku? Kau buat apa dekat dia?"
"Kau baik sikit eh? Aku call kau ni sebab tak dapat nak reach dialah. Q jarang buat hal. Dia kat rumah okey tak?"
"Okey je budak tu. Dia buat apa?" sambil kembali memandu, Qalis cuba recall perangai adiknya untuk dua tiga hari ini. Nampak macam normal.
Atau dia sebagai abang, ada kurang peka di mana-mana?
"Kau serius?"
"Seriuslah. Aku abang dia kut," Qalish pula rasa nak marah. Mempersoalkan kredibiliti dia sebagai seorang abang ke apa?
"Last time berita aku baca, ada budak menghadap Ilahi sebab mak ayah dia lupa anaknya tertinggal dekat seat belakang kereta," Amsyar bercerita selamba.
"Kau nak cakap apa ni? Jangan pusing-pusing cerita boleh?" Qalish sudah berasap. Sebelah tangan menarik brek. Kereta sudah terparkir di hadapan pintu rumah tapi dia belum rasa nak masuk rumah lagi.
Ada benda nak kena selesaikan dulu dengan BFF kesayangan adik perempuannya itu. Pintu masuk rumah diperhati daripada dalam kereta. Sebelah tangan pula kemas menggenggam stereng.
"Abaikan je apa aku cakap tadi. Aku cuma nak tahu, Q okey tak?" jelas getar risau pada suara Amsyar.
"Q... okey..." tiba-tiba Qalish macam teragak-agak nak menjawab.
Sejujurnya, Qalish tak berapa nak tahu sangat nature adiknya itu bagaimana. Sebab dia pun baru saja pulang daripada Aberdeen. Kalau on call ataupun video call bersama Q, adiknya itu nampak okey. Cuma sesekali Q akan merengek rindu dan merengek manja minta dibelanjakan apa-apa. Qalish pun tak kisah. Apa saja untuk adiknya. Dia sanggup untuk carikan.
Cuma bila dapat panggilan daripada Amsyar, baru Qalish perasan yang Q agak pendiam untuk beberapa hari kebelakangan ini.
"Honestly, dia macam pendiam sikit dua-tiga hari ni. Kalau kita orang makan sama-sama, sikit betul makanan yang dia ambil. Lepastu, makan lambat-lambat. Dahlah tak habis pula tu," berkerut dahi Qalish membentang laporan.
"Kenapa ya agaknya?" soal Amsyar sendirian.
"Dengan orang lain? Dia okey tak? Mama papa? Kau?" Amsyar masih tak berpuas hati.
"Okey je. Cuma tak ada nak borak sangat."
"Hmm... aku nak minta tolong sikit boleh?"
"Apa dia?"
"Kau slow talk sikit dengan dia. Lepas tu, pesan dekat dia tengah hari nanti Amsyar datang nak bawa dia keluar lunch. Kalau dia menolak, pandai-pandailah kau buat dia sampai setuju. Tau?" Amsyar membuat permintaan.
"Haih, yalah. Kira sebenarnya kau orang gaduhlah ni?"
Automatik Amsyar geleng kepala walaupun Qalish tak nampak.
"Tak. Kita orang tak gaduh. Cuma mungkin aku ada salah dekat dia tapi aku yang tak perasan," Amsyar cuba jadi rasional.
"Tak apalah. Nanti dalam pukul 12 macam tu, aku datang rumah kau orang. Jangan lupa pujuk dia tau?" pesan Amsyar.
"Kenapa tak pesan sendiri dekat Q?"
"Cerdik soalan kau ni. Mesej aku pun dia tak reply, call pun tak berangkat. Celah mananya aku nak pesan kat dia?"
"Pakailah burung merpati," selamba Qalish menjawab sebelum dia terus tutup panggilan bersama Amsyar. Langkahnya mula dibawa keluar daripada kereta. Nak masuk rumah, nak bersihkan diri.
Dan Amsyar di talian sebelah memandang skrin telefon dengan wajah tak percaya.
Macam itu saja Qalish putuskan talian?
***
Mulut bersiul perlahan sambil menutup pintu bilik sendiri. Langkah dibawa santai menuju ke tangga untuk turun ke ruang tamu. Mata melingas ke kiri dan kanan sebelum retina matanya menangkap sebuah pintu yang tertutup rapat semenjak dia pulang daripada gim pagi tadi. Kaki dibawa menapak ke hadapan bilik itu sebelum pintunya diketuk perlahan.
"Adik..."
Perlahan-lahan Qalish menapak masuk ke dalam bilik Q. Retina matanya menangkap sekujur tubuh yang terbaring di atas sejadah. Hampir panik, namun berjaya dikawal apabila terlihat gerakan pada tangan Q. Langkahnya dibawa mendekati adiknya dengan lebih rapat.
"Q... Qalisya Umairah..."
Perlahan-lahan Qalish simpuh duduk bersebelahan adiknya yang terbaring bersama telekung di badan. Retina matanya menangkap kesan air mata yang sudah kering pada pipi mulus Q. Qalish palingkan wajah pada benda yang sedari tadi dipegang adiknya.
Telefon pintar Q.
Nampak Q sangat khusyuk melihat-lihat album gambar. Jarinya asyik menyeret ke sebelah kiri untuk melihat gambarnya dan seseorang. Kadang-kadang Q sengaja zoom.
"Adik along okey ke ni?" Qalish mencuba nasib bertanyakan keadaan Q. Saja tanya soalan yang tak patut ditanya.
"Hmm..."
Mata Qalish kembali pada tangan Q yang masih seronok mengalih-alih gambar. Gambar Q dan Am.
"Gaduh dengan Am eh?"
Soalan tiba-tiba daripada Qalish mematikan aktiviti Q.
"Kenapa buat Am macam tu?"
Perlahan-lahan Q bangkit daripada baringannya. Sesekali tangannya mengurut tepi kepalanya. Terasa pening kerana menangis.
Tiba-tiba Q rasa bodoh kerana menangis begitu. Sudahnya, diri sendiri yang sakit.
"Am buat apa dekat adik busuk along ni?" sengaja Qalish cuit hidung Q yang sudah sedia merah itu.
"Ish... along! Janganlah. Selsemalah Q nanti," cemberut tercetak pada wajah Q. Gadis itu paling tak suka bila orang menyentuh hidungnya. Bahagian yang sensitif. Mudah nak bersin kalau kena cuit walaupun perlahan.
Q tanggalkan dan melipat telekungnya. Tak perasan pun dah hampir dua jam dia memakai telekung itu sejak daripada solat sunat Dhuha tadi. Soalan Qalish sengaja dibiar sepi.
"Q dah sarapan belum?" Qalish prihatin.
"Belum. Adik belum keluar bilik pun lagi. Along dah sarapan ke?" wajah Qalish dipandang oleh Q. Alongnya itu sekadar memberi gelengan.
"Dah tu yang masuk bilik adik ni kenapa? Pergilah sarapan sana."
"Amboi, halau along eh?"
"Ish, bukanlahhh..." malas Q nak layan. Langkah dibawa ke meja belajar untuk mengambil getah rambut. Rambut yang sedari tadi bebas tanpa ikatan diikat kemas.
"Hmm selain nak ajak Q sarapan ni, along ada hajat nak bagitau."
Q sudah kerut dahi. Merepek apa Qalish Umair bin Abdul Qader ni?
"Ha apa hajat kekanda bertandang ke ruang beradu adinda di pagi hari yang indah ini?" Q cekak pinggang.
Qalis tersengih merespon kepada soalan Q.
"Am minta sampaikan, dia nak ajak Q keluar makan tengah hari nanti."
Dan ternyata, jawapan Qalish membuatkan tangan Q jatuh ke bawah. Berdiri yang tadinya santai semakin tegak. Tubuhnya seakan mengeras mendengarkan 'hajat' itu.
Sedaya upaya Q cuba untuk kelihatan normal. Takut kantoi gaduh dengan Am oleh Qalish. Walaupun Q rasa sebenarnya dia gaduh syok sendiri. Haih...
"Adik gaduh dengan Am ke?" rasanya ini kali kedua Qalish tanyakan soalan itu.
Dan Q kekal membisu.
Qalis bawa mereka dua beradik duduk di sisi katil Q.
"Cuba cerita dengan along, apa yang jadi? Kau orang kan BFF? Kenapa sampai gaduh?"
Q garu kepala. Tak tahu nak jawab apa.
"Tak gaduh pun. Q cuma terasa dengan Am."
"Sampai ignore dia?"
"Habis tu? Salah dia kan?"
"Ada berterus-terang dengan dia?"
"Dah kenapa adik nak kena confront dia? Salah dia. Dia patut sedarlah sendiri."
Q naik angin. Kenapa along nak kena back up Am pula? Siapa BFF siapa sekarang ni?
"Haih, kau orang ni. Q yang along kenal, bukan macam ni tau. Q yang along kenal jenis open pasal perasaan dia. Tak adanya nak simpan merajuk sendiri-sendiri ni. Ha, Am buat apa yang sampai adik terasa lepastu ignore dia sampai macam ni sekali?"
Q senyap sekejap. Tengah berkira-kira nak jujur ke tak dengan Qalish?
"Kalau adik cerita, janji jangan gelak?"
"Ha yalah. Cepat cerita," Qalish layankan saja.
"Kelmarin, Am tinggi suara dekat adik. Adik tak tahulah sengaja ke tak."
Qalish jungkit kening. Really? Muhammad Amsyar tinggikan suara pada Qalisya Umairah?
"That's very not Am. Adik sure ke ni? Ke adik tengah emosi lepas tu buat fake scene dalam kepala?"
Pap! Pap! Pap! Laju Q pukul biceps Qalish.
"Bencilah cakap dengan along ni. Tadi suruh orang cerita. Keluarlah sana!" sakitnya hati Q.
"Okey, okey. Dengar sini. Kalau pun betul Am tinggi suara kat adik, mungkin dia tak sengaja. Kan?"
Q cuma diam.
"Lagipun, Am yang kita kenal soft spoken orangnya kan? Walaupun otak dia boleh tahan senget kadang-kadang tu," selamba Qalish mengutuk Amsyar. Tersembur tawa Q.
"Ha macam nilah adik along. Senyum, gelak macam ni. Barulah manis," pipi Q dicubit perlahan.
"Along janganlahhh..." tangan Qalish ditepis kasar.
"Ni bangun, pergi sarapan. Lepas tu siapkanlah apa-apa kerja yang patut. Lepas tu, pukul 12 nanti Am datang ambil," Qalish terus bangun daripada duduk. Nak pergi dapur. Dia pun belum sarapan lagi.
"Alaaa taknaklah. Along cakaplah dekat dia Q tak sihat ke apa ke?" Q merungut tak suka.
"Haip! Jatuh sakit sungguh nanti tahulah."
***
"Hai!" lambai Amsyar ceria. Jejaka itu tayang senyum kekok depan pintu rumah Q.
Malangnya, Q balas dengan muka pelam muda. Kelat. Masam.
"Q."
"Hmm."
"Q."
"Hmm."
"Q."
"HMM," tiba-tiba saja sahutan itu kedengaran kasar. Amsyar cuma tersengih.
"Qali —"
"Ish, cakap jelah Am. Kau nak apa?"
"Kau marah aku eh?" laju Amsyar menyoal.
Q cuma jeling dengan hujung mata.
"Okey. Faham. Aku buat salah apa dengan kau? Enlighten me, please?" Amsyar memohon.
Uish, seksa betul hidup Amsyar dua tiga hari ni sebab kena palau dengan Q. Baru dia tahu kuasa seorang Qalisya Umairah dalam hidupnya.
"Ha sampai dah, Am? Ambillah tuan puteri kau ni. Pergi pujuk sana. Shuh... shuh..." Qalish terus tolak keluar tubuh Q yang cuma diam memandang Amsyar.
"Alonggg! Suka macam ni tau!"
"Okey, thanks Along!" jawab Amsyar pula.
"Siapa Along kau?" lipat maut Q pandang BFF dia. Terus kaki gadis itu melangkah ke kereta Amsyar. Pintu dihempas kuat selepas tubuhnya masuk ke dalam perut kereta.
"Habislah kereta aku..." Amsyar cuma mampu menginsafi tragedi itu dengan gelengan kepala. Dah berapa kali Q buat macam tu pun dia tak mampu nak marah.
"Nasib kaulah, Am. Kau nak bawa dia pergi mana?" Qalish mula soal siasat.
"Jangan risaulah. Aku bawa dia lunch kat rumah aku je. Umi aku dah masakkan untuk dia. Minta izin eh?" Amsyar sengih kambing.
"Yalah. Baik-baik. Jangan drive macam kau kat litar Sepang pula."
"Baik, Tuan!" Amsyar tabik hormat pada Qalish.
***
Q macam kenal jalan yang baru mereka masuki itu. Dahinya berkerut cuba mengecam laluan tersebut. Hmm... sah!
"Rumah kau?"
"Haah. Umi dah masak favorite kau tau? Aku yang request," Amsyar jawab dengan senyuman. Macam mereka sedang tidak bergaduh.
Ugh, bila ingat balik memang cuma Q yang gaduh syok sendiri.
"Jom," tali pinggang keledar dibuka sebelum Amsyar bawa langkah keluar daripada kereta. Q cuma ikut daripada belakang.
"Assalamualaikum, umi!"
"Waalaikumussalam... ha sampai pun! Jom ke dapur. Ngam-ngam je umi pun baru sudah hidang lauk. Q, mari masuk. Tak perlu malu-malu," ramah Umi Aisyah mengajak. Wanita itu sudah biasa menerima kunjungan Q ke rumah mereka.
"Q, meh duduk sini."
Q cuma pandang tampang Amsyar yang sedang menceduk nasi ke dalam dua pinggan. Laju betul Amsyar buat kerja. Q ambil tempat pada kerusi yang ditunjuki Amsyar.
"Umi tak makan sekali?" tiba-tiba Q rasa segan.
"Q makanlah dengan Am. Umi ada kerja lain kat atas. Buat macam rumah sendiri ya?" Umi Aisyah tepuk perlahan sisi bahu Q.
Q cuma mengangguk. Gadis itu pandang Amsyar yang lincah tuangkan air sirap limau ais ke dalam gelas kaki panjang. Matanya kembali melihat ke dalam pinggannya. Udang masak sambal dengan sayur kangkung belacan air tangan Umi Aisyah.
Macam yang Amsyar cakap dalam kereta tadi. Favorite Q.
Hmm, mulalah hormone progesterone nak buat hal. Mata Q mula berkaca.
"Q, jom makan. Eh?" terkejut Amsyar lihat Q yang macam tengah tahan menangis.
Walaupun sebenarnya dia macam dah boleh agak.
"Lah, kita ajak dia makan boleh pula dia nak menangis. Meh sini aku kupaskan udang tu dulu," pinggan Q ditarik Amsyar sementara pinggannya sendiri ditolak ke tepi.
"Am... tak payahlah sampai macam ni," Q mula rasa bersalah. Dahlah benda bukan salah Amsyar sangat pun.
"Sampai macam mana Q?" Amsyar tenung anak mata Q. Segan Q rasa. Air liur terasa mengental di tekak. Tangan pantas mencapai gelas tadi.
"Makan, Q. Kita bincang nanti okey?" pinggan Q kembali ditolak ke hadapan gadis itu. Siap dengan udang-udang yang sudah dikupas.
Habis makan tengah hari, Q tawar diri untuk basuhkan pinggan-pinggan yang telah mereka gunakan. Kemudian, sengaja sibukkan diri lap counter top yang memang dah berkilat dikerjakan Umi Aisyah. Tiba-tiba takut nak berbincang dengan Amsyar.
Sebab Q sedar dia sengaja memanjangkan cerita.
"Q, kita terus terang jelah eh? Aku ada buat salah ke dengan kau?" Amsyar bertanya dengan lembut. Jejaka itu tidak mahu menegangkan keadaan.
"Maaf, bukan salah kau. Aku yang sengaja burukkan keadaan," jawab Q, perlahan. Lain yang ditanya, lain yang dia jawab.
"It's okay, Q. Jujur je. Aku tak marah pun. Lagi sekali, aku ada buat salah ke dengan kau?"
Q tarik nafas perlahan. Tiba-tiba rasa sebak mengasak dada. Rasa sesak. Mata pun rasa panas dan kembali berkaca. Ugh... tak sukanya perasaan ni!
Perasaan yang... kau tahu kau tak salah, kau cuma perlu jujur pada orang yang buat salah dengan kau. Tapi kau tak sampai hati nak terasa dengan dia. Sebab dia baik dengan kau. Baik sangat...
Q memang tak dapat nak tahan air mata dah.
"Maaf, Am. Aku kan drama queen. Hahaha..." gelak hambar keluar daripada mulut Q. Tisu yang Amsyar hulur disambut laju oleh Q.
Amsyar biarkan Q tenang sendiri. Jejaka itu yakin, Q akan buka juga mulut kejap lagi.
Selang beberapa minit...
"Dah okey?" soalan Amsyar, dan Q cuma mengangguk.
"Tell me."
"Okey, ingat tak empat hari lepas masa kita janji nak keluar tu? Sebab kau yang beria ajak aku. Aku dah excited nak jumpa kau. Cuma nasib malang kekasih aku kut hari tu. Kau macam bad mood lepas tu aku pula macam tak faham bahasa desak kau itu ini. Dan kau... ternaik suara kat aku. You even cakap, "Boleh senyap kejap tak? Semaklah!". Masa tu kau tengah sibuk dengan tab kau. Your work thingy, I guess. So ya aku terasa dengan kau. Aku rasa macam aku beban kau pula masa tu," Q bercerita sambil menunduk. Tisu di tangan dimain-mainkan. Masih lagi terasa sedih.
Gila tak sedih? BFF kau cakap kau semak kut?
Amsyar hilang kata. Dia biadab macam tu dengan Q?
"Q... aku minta maaf weh! Sumpah aku tak sedar yang aku dah marah kau macam tu. Patutlah kau beria mengelak daripada aku. Q, aku minta maaf sangat. Aku tak pernah macam tu kan?" dahi Amsyar berkerut kesal.
"Ya, sebab kau tak pernah macam tulah aku macam extra sedih sikit. Tapi tak apalah. Salah aku juga. Patutnya aku dah sedar muka kau ketat macam tu, aku patut duduk diam je. Padanlah muka aku kena marah dengan kau, kan?" Q tersengih janggal. Pipi yang tidak gatal digaru perlahan.
"No, this is not okay. This is so wrong. Apa aku patut buat untuk aku betulkan keadaan?" Amsyar cuba untuk baiki situasi.
"Ya Allah, dia ni... no need. Aku okey dah. Tak perlu apa-apa. Don't be hard on yourself. Aku dah cukup muhasabah diri dua tiga hari mengelak daripada kau ni," kali ini baru Q mampu gelak ikhlas.
Am... tak pernah tak bersungguh macam ni. Gred A tambah punya perangai.
"Haih... kenapa kau tak bagitahu aku?"
Q jungkit bahu, "I don't know... maybe sebab aku cuba bagi masa untuk kita berdua? Aku bagi masa kau untuk sejuk, aku bagi masa untuk aku jadi rasional."
"Awh, Q aku dah matang!" Amsyar sengaja menyakat. Q naikkan buku limanya.
"By the way Q, we are just one chat away. Jangan buat aku risau macam ni lagi. Kalau kau tak nak angkat call aku, tak apa. Aku faham. Tapi sekurang-kurangnya reply aku. Bagitahu aku yang kau baik-baik saja. Boleh?" suara Amsyar penuh berharap.
"Taklah, aku cuma tak nak bebankan kau."
"Aku dah cakap kan? Kau boleh bagitahu apa saja yang kau rasa kat aku. Aku bukan mind reader. Aku tak boleh baca fikiran kau, hati kau. Kita dah pernah cakap kan sebelum ni?" pujuk Amsyar lagi.
"I am not worthy of your tears. At least untuk sebab yang remeh macam ni. And I am sorry kalau benda macam ni bukan benda remeh bagi kau. Maafkan aku sebab dah sakitkan hati kau. Tolong minta Qalis tampar aku kalau aku buat macam tu lagi, okey?" sambung Amsyar lagi. Jejaka itu jungkit kening dan ukir senyum nipis.
Q pandang mata Amsyar. Ikhlas. Itu yang Q rasa.
"Aku rasa aku dah jatuh cinta kat kau. Sekali lagi," ujar Q selamba.
"Q!" mati terus senyuman Amsyar. Dan Q bantai gelak.
"Gurau je!"
Heh, gurau je.
"Jangan buat macam tu lagi," Amsyar bagi amaran
"Kau pun jangan buat macam tu lagi. Don't project your anger because of someone else or anything to me. Aku tak suka," datar saja suara Q.
"Anything for my Qween."
@thesealedlips
05.1125H.06.23
Comments
Post a Comment