Q & AM #Final: Ingat tak dulu?

LIMA pagi. Mata sudah terbuka luas. Dikerdip-kerdipkan supaya penglihatan lebih jelas. Rasa mengantuk yang masih bersisa membuatkan dia mula membuka mulut dengan luas. Tangan dibawa ke mulut, menahan kuap.

Sebelah tangan menenyeh mata sambil tangan sebelah lagi mematikan penggera telefon. Macam biasalah. Lepas bangun tidur, lepak-lepak dulu atas katil. Lepas lima ke sepuluh minit, barulah reti punggung tu nak berganjak bangun menyambung rutin harian.

Langkah kaki dibawa keluar bilik untuk menuju ke dapur. Sebelum tidur dari malam tadi lagi dia sudah set dalam kepala otak perkara-perkara yang perlu dibereskan pagi ini.

Jadi, agenda dia pagi ini adalah untuk membuat sarapan yang akan dibawa ke air terjun. Yeay! Sarapan dalam hutan!

Tangan ligat menyediakan nasi lemak. Tinggal nak tanak nasinya, rebus telur, potong timun, dan juga panaskan sambalnya. Sambal sudah siap dibuat malam tadi. Langsung dia simpan dalam peti sejuk beku. Apabila nak makan, tinggal panaskan saja. Senang. Bilis goreng dan kacang tanah juga sudah disediakan malam tadi dan disimpan dalam satu balang kecil.

Sekarang ni rasa macam tak cukup pula bawa nasi lemak saja. Peti sejuk dibuka. Nampak satu plastik roti Gardenia yang dah nak tamat tempoh. Tengok sikit tarikh...

"Hmm, memang rezeki harinilah. Nasib baik tinggal sikit je. Semuakan terus jelah." Mulut membebel sambil membawa roti tersebut ke atas counter top dapur.

Kabinet yang menyimpan pelbagai jenis tin dan botol pula digeledahnya. Rasa macam ada simpan stok tuna dalam tin? Tolak punya tolak, jumpa pun! Tapi tak sedap kalau dimakan terus. Jadinya, kena tumis sikit.

Tangan laju mengambil satu biji bawang Holland saiz sederhana dan tiga tangkai cili padi. Bawang Holland dipotong dadu dan cili padi dihiris halus sementara menunggu minyak panas untuk ditumis bersama tuna dalam tin tadi.

Kejap. Tak lengkap sandwich tak ada sayur! Kaki berlari kembali ke peti sejuk. Tangan menggeledah isi peti. Mencari tomato, timun, dan daun salad. Mujur ada!

"Kalut betullah kau Q pagi ni. Cuba masak tu kasi tertib sikit. Ingat mama cakap. Orang perempuan jangan duk kalut sangat."

Haah, yalah tu. Mulut membebel macam tu dekat diri sendiri. Tapi perbuatan tu masih lagi kalut. Tumisan tuna dalam kuali hampir hangit, kemudian terhiris jari masa potong sayur, lepas tu sudu jatuh banyak kali.

"Q! Kalau orang lain nampak ni, mampuslah kau." Tepuk dahi sendiri. Lagi-lagi kalau orang tu yang nampak!

Kerja membuat sarapan cuba disiapkan secepat mungkin. Tutup saja api dapur, terus Qalisya Umairah macam lipas tak cukup kaki mencari bekas untuk simpan segala masakannya. Sandwich tuna dan nasi lemaknya dibekaskan elok-elok. Kemudian, dimasukkan ke dalam satu raga kayu yang sudah beralaskan sehelai kain warna hijau lumut. 

Ada sarapan yang berbaki, dibekaskannya di dalam mangkuk kemudian disimpan di bawah tudung saji. Biar nanti baki manusia yang ada dalam rumah ni boleh buat sarapan. Perkakas memasak yang digunakan juga langsung dibasuh dan dikemas ke tempat asal semula.

Siap!

Tangan yang masih basah dilap pada sisi baju sambil berlari naik ke bilik. Mahu bersihkan diri dan solat Subuh!

***

RAGA kayu berisi bekal sarapan sudah selamat mendiami tempat duduk belakang kereta. Sempat Qalisya Umairah pakaikan tali pinggang keledar pada raga tu. Encik Pemandu cuma gelengkan kepala saja melihat keletah random gadis itu.

Pintu penumpang sebelah pemandu dibuka. Kalut-kalut Q masuk sampai terhantuk dahinya pada bahagian atas pintu. Sakit tak sakit jugalah. Merah sikit. Nasib baik tak lebam!

Kenapa sejak dah ada orang yang jaga ni perangai makin kelam-kabut ya? Huhu.

"Tu kan... kalut lagi. Cuba tenang-tenang sikit. Hutan air terjun tu tak lari manalah awak."

"Haruslah kalut. Kita tak dapat kejar sunrise. Tengok matahari pagi sambil sarapan pun jadilah." Q memuncung mulut.

"Ala, maaflah Q. Tak apa. We have for the rest of our lives to chase after the sunrise. Ada rezeki, saya bawa awak tengok, okey?" Manis mulut itu menabur perjanjian yang Q tahu pasti lambat-laun akan tertunai juga.

"Janji?" Q hulur jari kelingking tangan kanannya.

Jari halus Q itu disambut lembut. Tanda janji yang untuk kali keberapa entah antara mereka telah terpatri. Dan akan tertunai nanti – apabila Tuhan mengizinkannya.

Macam biasa, balasan tautan itu menguntum senyuman bersinar bahagia di wajah Qalisya Umairah.

"Your smile already outshine the sunshine. Tak payah tengok sunrise and sunbathing pun saya dah boleh dapat supply vitamin C & D setiap masa. Even when the night comes. Teracun vitamin saya nanti."

Ah! Itu dia! Sejak dah halal, bukan main lagi pujian yang dilambung kepadanya. Tapi itulah...

"Cubalah kalau nak memuji tu jangan merepek," Q guling mata ke atas.

Dan ternyata, hanya melodi tawa yang sangat indah menjamu pendengarannya. Betul-betul memberi makna halwa telinga.

"Dahlah, jom gerak. Nanti spot kita orang curi." Tangan si pemandu mula menurunkan handbrake. Stereng diputar dengan sebelah tangan saja sebelum kereta itu menyusur keluar dari perkarangan rumah.

***

Kedua-dua belah tapak tangan memeluk kole kecil yang berisi kopi panas. Asap nipis yang terhasil daripada sejatan wap air di udara dipandang dengan senyuman nipis. Mata dipejam rapat. Telinga menikmati bunyi deruan air terjun yang jatuh dari curamnya yang tinggi.

Melodi hutan. Bahagia dan menenangkan.

"This is what I've been dreaming for all this while."

Mata dibuka. Memandang pemilik suara yang mencelah suara merdu isi hutan.

"Apa dia?"

"Ingat tak dulu?"

"Dulu?"

"Masa awak pergi trip hutan dan saya accident?"

Gadis itu kerut dahi sambil menyisip perlahan kopi di dalam kole. Perlahan-lahan kepala dianggukkan.

"Your dream finally come true."

Kenyataan itu membuatkan gadis berjersi kelabu lengan panjang itu menoleh ke tepi.

"Things you want to do in the future. Yang awak kata nak panjat gunung lepas tu nak lepak depan air terjun tu? I fulfilled your dream." Senyum melebar di bibir jejaka itu. Puas hati apabila dapat menunaikan impian kesayangan hati.

Qalisya Umairah senyum herot sebelum membalas, "Tapi kita daki bukit tadi. Bukan gunung."

Dan macam yang gadis itu agak...

"Q!" Jeritan penuh ketidakpuashatian.

Tergelak-gelak Q mendengarnya. Ditambah lagi dengan latar bunyi burung-burung hutan yang terkejut mendengar jeritan jejaka itu. Alam seakan berkomplot dengan Q untuk mengusik manusia di sebelahnya.

"Tak bagi can langsunglah dia ni!" Nada merajuk. Sempat lagi tangan gagah jejaka itu memercik air ke arah gadis kesayangan di sebelah.

"Hei! Masuk dalam air saya!" Bahu Amsyar ditolak-tolak dengan gelak tawa yang tak sudah. Ada yang jatuh terselam dalam air terjun ni kang!

"Sejak bila Muhammad Amsyar reti nak merajuk ni?" Q masih tak puas nak menyakat.

"Dahlah. Duduk sini seorang-seorang dengan nyamuk. Am nak balik." Jejaka itu sudah berura-ura untuk bangun.

Tapi baru sekerat jalan, lengannya ditarik untuk duduk kembali. Sempat Q sumbat sandwich yang dibuatnya pagi tadi ke dalam mulut sang suami.

"Shhh. Duduk sini diam-diam kunyah roti tu. Teman saya nak dengar bunyi air terjun." Q kembali menyisip kopi yang kian menghilang kehangatannya.

Tergelak Qalisya Umairah apabila terlihat jelingan Muhammad Amsyar daripada sisi matanya. Amboi! Begitu tajam jelinganmu!

"Nasib baik Am tak jatuh. Kalau jatuh tadi lepas tu mati macam mana?"

Sunyi.

Tiada bunyi gelak tawa tadi.

Jejaka itu menoleh ke tepi. Kesat nak menelan air liur melihat mata cantik yang dah berkaca itu.

"Q... Am sorry..." perlahan saja kata maaf itu.

"Never. Say. Like. That. Ever. Again." Satu per satu perkataan disebutnya. Bergetar suara Q ketika itu.

Amsyar terus angkat ikrar. Sebelah tangan pula membuat isyarat zip mulut.

Selepas beberapa saat, lima jari yang terangkat itu perlahan-lahan diturunkan apabila melihat gadis kesayangannya mula memberi perhatian kembali kepada kopinya. Kopi yang sudah mendingin.

Sama macam situasi mereka sekarang ni. Kekok dan sedikit dingin. Selalu sangat macam ni. Lebih-lebih lagi apabila mereka mula bertengkar kecil. Selalunya Amsyarlah yang akan tersilap cakap.

Mungkin sebab Muhammad Amsyar dah terlalu selesa dengan kehadiran Qalisya Umairah di dalam hidupnya.

Amsyar tenung cincin perak yang tersarung di jari manis tangan kanannya. Kemudian, matanya beralih memandang manusia di sebelahnya. Bergilir-gilir cincin itu dan sisi wajah Q dipandang. 

Wanita kesayangannya itu cuma sepi dan tenang menikmati indahnya ciptaan Tuhan. Tapi malang sekali bagi Amsyar. Suasana itu seakan menghunus hatinya dengan pedang. Sedikit demi sedikit. 

Sunyi tanpa perbualan ini memaksa Amsyar membuka mulut lagi. Tak boleh kalau tak bercakap dengan Q.

"Kopi tu sedap sangat ke?"

"Kenapa?"

"Q tak lepas langsung kole tu dari tadi. You take the coffee sip by sip, slowly."

"Sedap." Q tenung isi di dalam kole.

"Full of love. This is not just an ordinary coffee." Q tarik senyum lebar. Kemudian, sambung minum lagi. Yang dalam kole ni dah nak habis. Tapi tak apa, Amsyar boleh buat lagi nanti.

Kalau Amsyar tak nak buat, dia akan paksa sampai suaminya itu buatkan juga. Muehehe.

Fuh. Lega Amsyar tengok Q yang sudah mahu menarik lagi senyuman lebarnya. His world would turn upside down whenever Qalisya Umairah loses her smile.

"Sejak bila Am ada portable coffee grinder ni?"

"Tulah awak tak tahu. Saya outstation sambil nak ambil sekalilah coffee grinder ni. Yang ini, ada satu je kat dunia ni. Sebab kalau perasan, ada your initial dekat base dia."

Kening terangkat mendengar pernyataan itu. Langsung tangan Q bergerak mengambil portable coffee grinder yang menjadi topik perbualan mereka. Dibelek-belek sampailah terjumpa apa yang dicarinya itu.

IsteriQU.

Tergelak besar Q apabila matanya menangkap ukiran perkataan tersebut. Sangat Muhammad Amsyar!

"Kiranya, istimewalah ni?" Portable coffee grinder itu digerak-gerakkannya. 

"Segalanya tentang Qalisya Umairah sentiasa istimewa."

Q sembunyi senyum. Tengoklah, dia buat lagi!

"Q."

"Hmm?"

"Are you happy with me?"

"Nope." Laju balasan jawapan itu menyentak tangkai hati Amsyar.

"Q..." suara garau itu jelas sangat bernada lirih dan berjauh hati.

Mendengarkan suara yang nak masuk lagi mod merajuk itu, Q cepat-cepat hambur ketawa yang baru dia niat nak tahan. Tak bolehlah kalau tak usik Encik Suami di sebelah ni.

"Of course no, Amsyar. I am not happy because I am beyond grateful. I am blessed, husband. I feel so content for every seconds we shared together. You fill my void. Your acts and words make my heart flutters but your company always keep me in peace."

Nampaknya, Qalisya Umairah perlu memakai topi Muhammad Amsyar untuk sesi bercakap dari hati ke hati begini. Jujurnya, Q bukanlah jenis yang pandai bercakap macam Amsyar. Guess that words of affirmation is not her love language. 

Tapi sesekali Q perlu belajar cara Amsyar menyayangi dirinya juga. Mungkin sebenarnya apa yang dia telah cakapkan tadi tu dah lama Amsyar nak dengar. Walaupun baru lima bulan lebih mereka bertukar status daripada sahabat baik kepada suami isteri.

"Jujurnya, Q bersyukur sangat Am sudi ambil Q jadi isteri. The moment you proposed me at Kak Auji's wedding, you almost got me a heart attack, you know?"

"I am sorry, Q. Lambat sangat Am sedar pasal perasaan Am pada Q. If I were earlier. Untuk pertimbang confession Q dulu. Mungkin kita sekarang dah langkah lebih jauh lagi, kan?"

"You want to know something, Am? Taking wrong decision is necessary sometime. Dan kita cuma akan sedar benda tu salah selepas masa berlalu. Tapi apa yang paling penting dan berharga sekali, itu adalah keputusan dan takdir yang tepat untuk kita waktu tu. Kan?"

We neither rush ahead of the time nor lag behind. We are just fine in our own timeline.

"Right? Sekurang-kurangnya Am tahu yang Am nakkan Q sebab Am nak dan perlukan Q dalam hidup Am. I want your love to complete half of my deen. Bukan sebab cinta yang tak tahu arah tujuan."

"That's my Muhammad Amsyar." Q senyum bangga. Hati tidak pernah gagal untuk berbunga penuh dengan setiap patah kata jejaka pilihan hati.

"Am..."

"Apa dia?"

"Thank you."

"For?"

"Everything, of course. Daripada dulu, sampailah sekarang."

"My pleasure."

Sunyi lagi.

"Q..."

"Yeah?"

"Panggil Am macam tak special."

"Ha?"

"Panggil abang," lembut nadanya tapi bersifat mandatori. Dan Q pun...

"Abang?"

"Ya Humaira." Senyum trademark Muhammad Amsyar melata di bibir.

Tersipu malu terus Qalisya Umairah di situ. Mana nak sorok muka ni? Selam muka dalam air terjun ni boleh tak?

Tanpa sedar, tangan Q menolak kuat Amsyar jatuh ke dalam air terjun. Disebabkan terkejut dengan tolakan tiba-tiba itu, Amsyar tertarik sekali tangan Q yang menolaknya tadi. Dan macam biasa apabila dua ekor ni bergabung buat perangai...

"Q!"

"Am!"

Hilang terus ketenangan di situ!


TAMAT

Q dan Am melabuhkan tirai.


@thesealedlips

08.1848H.05.24


***

TAMAT? Like finally their story has come to the end. 🥹❤️‍🩹

Sesungguhnya, saya tulis kisah dua orang ni memang untuk suka-suka. Kadang sebab nak meluah atau nak bercerita tapi tak ada medium yang sesuai, jadi kita create watak-watak ni biar dia orang yang pening discuss apa yang kita tengah fikir hahahha. Tapi tulah, saya dah sayang pula pada Q dan Am ni. They are just... natural, kan? What do you think?

Q dan Am, setiap watak yang saya pernah cipta, mereka istimewa dengan nilai diri mereka masing-masing. Saya cuba menulis watak untuk nampak yang mereka masih manusia yang imperfectly perfect. Dan saya cuba avoid sensitive topic sebab saya sangat pasti saya masih lemah nak menggarap cerita dengan storyline yang sedemikian.

Berharap dapat feedback untuk simple short story yang tak seberapa ni. If you can give me any constructive feedback, feel free to leave any at the comment section, okie?

Serius, terima kasih daripada lubuk hati paling dalam sebab sudi baca kisah daripada penulis tak dikenali ni. Semoga terhibur dan dapat mesej yang baik daripada cerita pendek ni! 💖

In shaa Allah, till next story! 🕊

Comments